Pemujaan naga Naga_Cina

Asal-usul

Totem jed berbentuk C dari kebudayaan HongshanHiasan pakaian naga ukiran jed dari Zaman Negeri-Negeri Berperang (403 BC-221 BC).Pemegang bersepuh gangsa yang berbentuk kepala dan leher naga, dibuat sewaktu zaman Han Timur (25–220 M)

Asal-usul naga Cina ini kurang pasti. Naga wujud dalam budaya Cina sejak ribuan tahun dahulu, dengan penemuan sebuah patung naga yang wujud sejak alaf kelima SM dari kebudayaan Yangshao di Henan pada tahun 1987,[6] dan juga lencana-lencana pangkat buatan jed dalam bentuk melingkar yang digali dari kebudayaan Hongshan sekitar 4700-2900 SM.[7]

Bentuk ular atau naga melingkar itu memainkan peranan yang penting dalam kebudayaan Cina awal. Aksara "naga" dalam tulisan Cina terawal juga berbentuk melingkar, begitu juga dengan tangkal-tangkal naga jed yang dibuat pada zaman Shang.[8]

Masyarakat Cina purba memanggil dan merakam tulang-tulang dinosaur yang digali dari tanah sebagai tulang naga. Misalnya, Chang Qu merakam penemuan "tulang naga" di Sichuan pada 300 SM.[9] Dinosaur dalam bahasa Cina moden dipanggil kǒnglóng (Ralat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template., bererti "naga yang dahsyat"). Sejak dahulu lagi hingga kini, penduduk desa di pedalaman negara China mengamalkan penggalian fosil "tulang naga" untuk kegunaan perubatan tradisional.[10]

Di China ditemuinya sejenis dinosaur yang bergelar mèi lóng (Ralat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template.) atau "naga tidur". Tinggalan fosil mei long ini ditemui dalam keadaan tidur dalam bentuk melingkar, menyendeh muncungnya di bawah sebelah kaki hadapannya sambil ekornya mengelilingi seluruh tubuh.[11]

Sesetengah pihak turut berpendapat bahawa bentuk naga Cina berasal daripada gambaran haiwan-haiwan maujud yang diolah gayanya, seperti ular, ikan atau buaya. He Xin menyokong pendapat bahawa gambaran naga purba ini adalah bagi satu spesies buaya, iaitu Crocodylus porosus atau buaya katak, iaitu reptilia maujud yang terbesar, dan pernah bertaburan di China pada zaman purba.[12] Buaya ini terkenal kerana mampu merasai perubahan dalam tekanan udara dengan jitu, serta mengesan hujan yang akan turun. Mungkin inilah asal-usul sifat-sifat mitos yang terdapat pada naga iaitu mengawal cuaca, terutamanya hujan. Kaitan dengan buaya ini juga disokong oleh pandangan masyarakat zaman kuno bahawa buaya besar ini merupakan sejenis naga. Misalnya, dalam Kisah Zhou Chu yang menceritakan riwayat seorang pahlawan Dinasti Jin, beliau dikatakan membunuh seekor "naga" yang mengganas di perairan kampung halamannya, tetapi rupanya seekor buaya.[13]

Makhluk mitos

Naga Cina bukan diraja di ShanghaiTembok Sembilan Naga di DatongPatung kecil naga di atas sebuah tokong di Hsinchu, Taiwan

Dari asal-usulnya sebagai olahan hidupan alam yang bergaya, naga Cina berevolusi menjadi sejenis haiwan mitos. Seorang cendekiawan Dinasti Han yang bernama Wang Fu mencatatkan mitos Cina bahawa naga mempunyai sembilan kemiripan anatomi.

Bentuk naga sering kali dilukis dengan kepala kuda dan ekor ular. Naga juga dikatakan mempunyai 'tiga sendi' dan 'sembilan kemiripan'. Tiga sendi tersebut adalah dari kepala hingga bahu, dari bahu hingga dada, dan dari dada hingga ekor. Sembilan kemiripan pula adalah: tanduknya umpama rusa, kepalanya umpama unta, matanya umpama syaitan, lehernya umpama ular, perutnya umpama kerang (shen, 蜃), sisiknya umpama ikan kap, cakarnya umpama helang, tapak kakiknya umpama harimau, dan telinganya umpama lembu. Di atasnya ada anggota seumpama benjol besar yang dipanggil chimu (尺木). Tanpa chimu ini, naga tidak boleh terbang ke angkasa.[14]

Sumber-sumber yang lain pula memberikan kelainan daripada sembilan kemiripan haiwan tersebut. Ahli sinologi, Henri Doré memberikan ciri-ciri naga sejati seperti: "Tanduk rusa, kepala unta, mata syaitan, leher ular, visera kura-kura, cakar helang, tapak kaki harimau, dan telinga lembu. Naga mendengar dengan tanduknya, kerana telinganya tidak berdaya mendengar."[15] Tambahnya lagi, "Ada pihak lain mengatakan ia bermata arnab, berperut katak, dan bersisik ikan kap."

Naga Cina dikatakan mempunyai 117 keping sisik kesemuanya, yang mana 81 berintipati yang (positif) manakala 36 yang selebihnya berintipati yin (negatif). Walaupun disanjungi sebagai makhluk yang mulia, namun naga Cina dikatakan mampu menimbulkan malapetaka seperti kemarau atau banjir dengan kuasa hebatnya, lebih-lebih lagi jika disinggung oleh manusia.[16]

Kebanyakan gambar naga Cina turut dilukis dengan bola atau mutiara berapi yang dikejar oleh naga dalam udara atau berada di bawah dagu naga. Mutiara ini dikatakan mengandungi kebijaksanaan teramat banyak yang dimiliki oleh naga, di samping melambangkan kekayaan, tuah dan kemakmuran.[16]

Beginilah pemerian yang sejajar dengan gambaran naga dalam kesenian hingga ke hari ini. Naga juga dipercayai memiliki kuasa-kuasa ghaib yang tidak terbilang. Menurut riwayat Guanzi, naga dikatakan mampu menyamar sebagai makhluk sehalus ulat, ataupun membesar menjadi sebesar alam semesta, terbang di tengah awan-awan atau bersembunyi dalam air.[17]

Penguasa cuaca dan air

Ukiran naga yang terbang di tengah awan-awan, pada tabung air emas yang dibuat pada abad ke-15, sewaktu Dinasti Ming.

Dalam kepercayaan umum, naga Cina sangat dikaitkan dengan air. Dipercayai bahawa naga ini merupakan "raja" atau penguasa perairan yang mengalir, seperti air terjun, sungai atau laut. Naga boleh menjelma dalam bentuk pancutan air (puting beliung atas air). Selaku penguasa air dan cuaca, naga berbentuk lebih kurang seakan manusia, memakai pakaian kebesaran maharaja, tetapi berkepala naga dan bermahkota maharaja.

Dalam mitos terdapat empat Raja Naga, setiap satunya mewakili setiap satu daripada empat laut yang mengelilingi negara China, iaitu: Laut Timur (Laut China Timur), Laut Selatan (Laut China Selatan), Laut Barat (mungkin Lautan Hindi dan jauh lagi), dan Laut Utara (mungkin Tasik Baikal). Oleh yang demikian, naga-naga ini dilihat sebagai "menguasai" fenomena yang berkaitan dengan air. Pada zaman silam, kebanyakan kampung Cina (terutamanya yang dekat dengan sungai dan laut) mendirikan tokong yang khusus buat "raja naga" setempatnya. Ketika berlakunya kemarau atau banjir, adalah satu adat resam bagi golongan atasan dan para menteri untuk memimpin rakyat jelata dalam menyembahkan korban atau mengadakan bermacam-macam upacara keagamaan untuk memuja naga demi memohon hujan turun atau berhenti.

Pada zaman Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Kerajaan, Raja Wuyue sering bergelar "Raja Naga" atau "Raja Naga Laut" kerana melaksanakan projek-projek kejuruteraan air yang "menjinakkan" laut.

Lambang kekuasaan maharaja

Sehelai jubah maharaja Dinasti Qing.

Menurut legenda Cina, dua orang maharaja yang terawal, iaitu Huangdi dan Yandi, amat berkait rapat dengan naga. Di akhir zaman pemerintahannya, Maharaja legenda yang pertama, iaitu Huangdi, dipercayai telah diabadikan dengan menaiki seekor naga untuk menaiki Syurga.[18] Seorang lagi Maharaja legenda, iaitu Yandi, lahir melalui hubungan telepati bondanya dengan seekor naga. Memandangkan masyarakat Cina menganggap Huangdi dan Yandi sebagai nenek moyang mereka, mereka juga menggelar diri mereka sebagai "keturunan naga". Legenda ini turut menyumbang kepada penggunaan naga sebagai lambang kekuasaan maharaja China.

Makhluk naga, terutamanya yang berwarna kuning atau emas dan bercakar lima pada setiap kaki, merupakan lambang bagi maharaja pada kebanyakan dinasti China; nyata sekali pada pakaian kebesaran maharaja pasti ada lukisan atau sulaman naga. Takhta diraja China bergelar "Takhta Naga". Pada akhir zaman Dinasti Qing, lambang naga juga dipakai dalam bendera kebangsaan. Naga juga terdapat pada ukiran tangga istana dan makam diraja, misalnya Kota Larangan di Beijing. Sementara itu, maharani China pula dikaitkan dengan burung fenghuang.

Kepercayaan zaman sekarang

Pada zaman sekarang, jarang sekali ada orang yang percaya akan kewujudan naga, apatah lagi naga sebagai makhluk yang wujud. Namun begitu, naga masih dipuja sebagai dewa di sesetengah kampung di China, dan amat berurat-akar dalam tradisi kebudayaan China seperti sambutan Tahun Baru Cina.

Rujukan

WikiPedia: Naga_Cina http://books.google.com.au/books?id=KQJ_tIU1ixoC&p... http://vip.book.sina.com.cn/book/chapter_69989_553... http://xxgblog.tcip.net.cn/index.php/56/viewspace-... http://jpkc.hutc.zj.cn/rwxy/gdwx/yuedushumu/wj/87s... http://www.atimes.com/atimes/China/FL17Ad01.html http://www.blackdrago.com/easterndragons.htm http://www.businessweek.com/news/2011-11-30/china-... http://www.chinapage.com/dragon1.html http://www.epochtimes.com/b5/2/8/6/c8408.htm http://www.everythingdragons.com/Chinese-Dragons/C...